Thursday, December 30, 2010

10 Tips suksess ALA Jennie S.Bev

ceriakan harimu dengan senyuma
Hari ni terase rajin sesangat nak buat new post walaupun asingment kite sangat melambak-lambak pluss menimbun tapi kite amek sikit mase nak tulis semua ni sebab kite rase nak tulislah .
Kali ni kite nak tulis bukan pasal nak ngutok orang ke ape tapi kite nak tulis pasal "TIPS UNTUK SUCCESS".
kite rase semua orang dalam dunia nak berjaye kan and tak de sape pon tak nak berjaye kan .
so kat bawah ni ade 10 tips kite nak share ngan semua .
so pe lagi jum lah kite bace sesame .
  1. Kite kene sentiasa bersyukur atas apa yang kita pernah peroleh hari ini. Jauhkan perasaan tertekan akibat suke membanding-bandingkan apa yang kita ada dengan orang lain. Buka hati untuk terus bersyukur dan berterima kasih.
  2. Selagi ada peluang, belajarlah seakan-akan kita akan hidup selamanya. Ttetapi hiduplah seakan-akan kita akan mati esok harinya. Rebut segala peluang dan lakukan semuanya denhan sehabis baik.
  3. Cari kekuatan yang ada pada diri kita. Fokus dan tingkatkan tahap kekuatan tersebut sehingga membentuk satu nilai keterampilan yang unggul dan dihormati.
  4. Bukalah jalan sendiri dengan cara kita yang berhemah. Usah terlalau mengharap dan bergantung pada orang lain.
  5. Belajar mencintai apa yang kita milikki bukan berangan-angan tengtang apa yang kita harapkan. Rancang dengan apa yang ada di tangan. Impian hanya akan jadi nyata jika kita menggunakan segala sumber yang ada pada saat ini untuk merealisasikannya.
  6. Lihat dengan jelas apa yang berada di hadapan dan juga "lihat" apa yang belum kelihatan iaitu wawasan. Gunakan visi dan misi untuk mengenal apa yang kita sasarkan.
  7. Telan semua kepahitan hidup dan bersiap sedia untuk memulakan hari baru dengan lebih baik. Setiap hari ialah hari baru. Pastikan hari ini lebih bagus dari semalam dan seterusnya.
  8. Semakin banyak kita memberi, semakin banyak juga kita akan menerima. Tidak terfokus hanya pada wang atau material. Apa juga yang kita lakukan demi kebaikan semua orang, kita pasti mendapat berkat dan juga penghargaan yang setimpal.
  9. Jadilah mentor untuk diri sendiri. Natijah kebaikan dan keburukan hanya akan dapat ditanggung oleh kitasendiri. Melihat contoh terbaik sebagai role model itu juga bagus tetapi utamakan diri sebagai mentor terhebat.
  10. Hidup bukan untuk selamanya. Maka, berbuatlah kebaikan di setiap waktu. Juga lakukanlah yang terbaik di setiap peluang dan kesempatan yang diperoleh kerana itu mungkin yang terakhir.

2 comments: